Sekitar Seminar Pemantapan GAPERA-PERHIJAM

Seminar Pemantapan GAPERA-PERHIJAM
- Pendaftaran Pengamal Bekam (Swa-Kawal GAPERA) –
Kearah Pengiktirafan KKM

Tarikh : 03/10/2015
Masa : 9 pagi – 5 petang
Tempat : Dewan Seminar, Bangunan NSWO,
Jalan Raja Ali, 70000 Seremban
  (Belakang Klana Resort), N.Sembilan

Program penapisan dan pemantapan(Swa-Kawal GAPERA)

Program Penapisan dan Pemantapan(Swa-Kawal GAPERA) ini akan di kendalikan sepenuhnya oleh Para Panel Penilai yang telah di lantik oleh pihak GAPERA yang terdiri daripada Pengamal-Pengamal Perubatan Tradisional Melayu, Pengamal Perubatan Moden, Ahli Akademik dan juga Wakil Industri. Program ini di buka secara sukarela dan setiap pengamal yang mengikutinya akan menerima Pengesahan mengikut tahap keterampilan masing-masing iaitu :

1.Pengesahan Keterampilan Bidang Amalan(Modaliti)

2.Cadangan Program Peningkatan Pengetahuan, Kemahiran dan Latihan Sangkutan.

Bagi yang mendapat Pengesahan Keterampilan Bidang Amalan(Modaliti) dan berdaftar badan Gabungan GAPERA, mereka akan di daftarkan sebagai Pengamal GAPERA mengikut Modaliti yang terampil serta nama Pengamal ini akan di masukan ke dalam Pengkalan Data Pengamal Perubatan Tradisional Melayu di Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia. Mereka juga akan disokong untuk didaftarkan sebagai Pengamal Berdaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari Kebangsaan setelah akta 756 di kuatkuasakan.

IMG-20151004-WA0001 IMG-20151004-WA0005 IMG-20151004-WA0024 IMG-20151004-WA0010 IMG-20151004-WA0009 IMG-20151004-WA0011 IMG-20151004-WA0018 IMG-20151004-WA0019 IMG-20151004-WA0021 IMG-20151004-WA0030 Swa-Kawal GAPERALangkah Menjadi Pengamal Berdaftar

 

NOTIS MENGHENTIKAN PENGUNAAN LOGO GAPERA TANPA KEBENARAN

Tarikh; 10hb Sep 2015

 NOTIS MENGHENTIKAN PENGUNAAN LOGO GAPERA TANPA KEBENARAN.

Kepada semua AJK dan Ahli PERHIJAM,

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Adalah dimaklum bahawa PERHIJAM dengan ini ingin memaklumkan kepada Ahli Jawatankuasa dan semua ahli persatuan untuk menghentikan sebarang penggunaan logo GAPERA pada mana-mana bahan bercetak atau bahan elektronik daripada digunakan untuk sebaran umum tanpa kebenaran dari Ahli Majlis Jawatankuasa GAPERA.

Ini adalah selaras dengan keperluan undang-undang GAPERA bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah guna di masa akan datang.

Diharap semua dapat mematuhi arahan ini.

Sekian, terima kasih.

Setiausaha
ZAHALUDIN BIN IBRAHIM

Kenyataan Rasmi


KENYATAAN RASMI


10 September 2015

Berhubung dengan wujudnya banyak persepsi dan kekeliruan yang timbul berkaitan beberapa isu yang melibat Persatuan Perubatan Islam Hijamah Malaysia (PERHIJAM), maka dengan ini PERHIJAM tampil untuk memberi kenyataan rasmi agar dapat memberi penjelasan kepada ahli tentang beberapa isu seperti yang disebutkan di bawah.

1.  Usahasama kursus yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

PERHIJAM tidak pernah menjalin usahasama secara rasmi dengan mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta untuk menganjur kursus / program yang diiktiraf oleh KKM atau senat institusi pengajian tinggi tersebut.

Justeru itu, PERHIJAM dengan ini sekali lagi ingin menegaskan sekiranya ada pihak yang mendakwa bahawa PERHIJAM terlibat dengan kursus / program yang dianjurkan dengan mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta adalah TIDAK BENAR sama sekali.

2.  Pengiktirafan sijil kursus / program PERHIJAM

Sebarang sijil kursus / program yang dikeluarkan oleh PERHIJAM hanya diperakui dan di benarkan oleh PERHIJAM sahaja tanpa mendapat pengiktirafan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam / swasta mahupun KKM. Ini adalah selaras dengan keperluan KKM yang hanya mengiktiraf sijil kursus / program yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi tertentu melalui program National Occupational Skills Standard (NOSS) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sahaja.

3.  Penstrukturan organisasi persatuan

Perkembangan terkini yang mana Presiden PERHIJAM, Dr. Abd Halim Basri juga telah memohon untuk meletak jawatan sebagai presiden persatuan berkuat kuasa (12 Ogos 2015) dengan sebab peribadi. Justeru itu Jawatankuasa PERHIJAM telah sebulat suara melantik Timbalan Presiden PERHIJAM iaitu Ust Abd Hadi Mohd Isa sebagai Pemangku Presiden sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. Hal ini adalah selaras dengan Fasal 9 (9.8) dalam Undang –Undang 2011 Persatuan Perubatan Islam Hijamah Malaysia.

Adalah diharapkan dengan penjelasan berhubung isu-isu di atas, ahli persatuan akan lebih jelas dan faham dengan perkembangan semasa selain mendapatkan maklumat yang tepat melalui sumber-sumber rasmi persatuan atau rujukkan bersama Jawatankuasa persatuan.

Sekian, Terima kasih.

ZAHALUDIN BIN IBRAHIM
Setiausaha, Persatuan Perubatan Islam Hijamah Malaysia.

Program Diagnos dan Rawat #1 di UTHM Johor

Encik Ramlee Hj Labaik sebagai juruacara majlis sedang memberikan kata-kata aluan kepada semua yang hadir dalam sessi taklimat pengenalan PERHIJAM dan aktivitinya.

Encik Ramlee Hj Labaik sebagai juruacara majlis sedang memberikan kata-kata aluan kepada semua yang hadir dalam sessi taklimat pengenalan PERHIJAM dan aktivitinya.

Dr Hj A Halim, Presiden PERHIJAM sedang memberi taklimat PENGENALAN tentang PERHIJAM.

Dr Hj A Halim, Presiden PERHIJAM sedang memberi taklimat PENGENALAN tentang PERHIJAM.

Kehadiran Dr Razlan dan isteri, Dr Rosnah turut menyerikan majlis.

Kehadiran Dr Razlan dan isteri, Dr Rosnah turut menyerikan majlis.

Sebahagian daripada pelajar2 UTHM yang menghadiri majlis tersebut.

Sebahagian daripada pelajar2 UTHM yang menghadiri majlis tersebut.

Pegawai dari Unit Sukan UTHM turut serta dalam majlis taklimat.

Pegawai dari Unit Sukan UTHM turut serta dalam majlis taklimat.

Rehat dan santai menjamu selera.

Rehat dan santai menjamu selera.


Merawat tangan salah seorang kakitangan UTHM yang tersimbah air panas dengan akupuntur.

Merawat tangan salah seorang kakitangan UTHM yang tersimbah air panas dengan akupuntur.

Dengan rawatan akupuntur dapat melegakan kesakitan yang dialami dan menenangkan pasien.

Dengan rawatan akupuntur dapat melegakan kesakitan yang dialami dan menenangkan pasien.

 

Dr Hj A Halim sedang merawat pasien.

Dr Hj A Halim sedang merawat pasien.

Pasien memeberi isyarat OK setelah 30 minit rawatan akupuntur.

Pasien memeberi isyarat OK setelah 30 minit rawatan akupuntur.

 

Hanya ALLAH yang menyembuhkan segala penyakit.

Hanya ALLAH yang menyembuhkan segala penyakit.

Tusukan "island" disekeliling kawasan yang terkena air panas.

Tusukan “island” disekeliling kawasan yang terkena air panas.


Penerangan tentang kaedah DIAGNOS PUNCA PENYAKIT kepada pasien yang hendak dirawat.

Sdr Rahmat sedang memberi kaunseling kepada pasien yang hendak dirawat.

Tn Hj Zahaludin, setiusaha PERHIJAM turut memberikan khidmat Diagnos dan Kaunseling kepada pasien.

Sdr Abd Aziz, ketua bhgn “Khidmat Masyarakat” juga agak sibuk melayan pasien yang ingin buat rawatan bekam.

Perbincangan meja bulat dengan bahagian menyediakan makanan kepada rombongan PERHIJAM.