Sila baca terma dan syarat dengan teliti.
Dengan menggunakan kemudahan ini, anda bersetuju mematuhi terma dan syarat berikut.
Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana terma dan syarat yang dinyatakan, sila hentikan penggunaan perkhidmatan ini.
DEFINISI
- PERHIJAM adalah singkatan dari Persatuan Perubatan Islam Hijama Malaysia.
- Pengguna adalah satu istilah yang digunakan untuk menerangkan pengguna atau ahli yang menggunakan perkhidmatan dan kemudahan perkhidmatan ini.
- Aduan adalah dirujuk sebagai Aduan atau Maklumat atau Pertanyaan atau Cadangan.
PENAFIAN
- PERHIJAM menyediakan platform sistem aduan ini sebagai satu kaedah alternatif penyampaian aduan daripada para pengguna.
- PERHIJAM berhak membatalkan atau tidak mengambil tindakan atas aduan yang disampaikan.
- PERHIJAM tidak mempunyai sebarang kewajipan serta tanggungjawab untuk menyelesaikan mana aduan yang dilaporkan.
- PERHIJAM tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian, kos tambahan atau kerosakan yang timbul akibat daripada penggunaan mana-mana kemudahan ini.
- PERHIJAM berhak menukar syarat-syarat ini dari semasa ke semasa tanpa memberi notis terlebih dahulu.
AM
- PERHIJAM akan berusaha untuk mengambil tidakan serta menyelesaikan aduan yang dilaporkan;
- PERHIJAM berhak untuk tidak melayan atau tidak mengambil tindakan atas aduan yang dilaporkan sekiranya terdapat mana-mana maklumat atau butiran yang dinyatakan tidak benar;
- Pengadu hendaklah menghubungi PERHIJAM dari semasa ke semasa untuk mendapatkan status aduan.
LAIN-LAIN
- Dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda selaras dengan dasar Persatuan Perubatan Islam Hijama Malaysia serta perlembagaan & undang-undang negara.
- Polisi yang telah dibangunkan mungkin berubah dengan mengambil kira perubahan teknologi, sebarang perubahan akan dimaklumkan dihalaman ini.
- Jika anda menggunakan sistem keselamatan “Firewall / Pop Up Blocker” yang tinggi, anda mungkin mengalami kesukaran menggunakan kemudahan ini.
- Jika didapati pengguna melanggar terma & syarat atau mana-mana prinsip PERHIJAM, PERHIJAM berhak membatalkan aduan
Post Views: 71
