Ahli-ahli Pertubuhan ini terbahagi kepada empat (4) jenis keahlian iaitu :
1. AHLI BERSEKUTU
- Ahli Bersekutu ialah mereka yang berumur 18 tahun dan keatas yang telah mengikuti kursus modul asas atau yang setaraf dengannya yang ditetapkan oleh persatuan.
- Ahli Bersekutu terdiri daripada
- Warganegara Malaysia dan beragama Islam atau
- Warganegara Malaysia yang bukan beragama Islam dan dia adalah pengamal atau
- Bukan Warganegara Malaysia dan beragama Islam dan dia adalah pengamal.
- Status ahli bersekutu ialah mereka tidak boleh mengundi dan tidak boleh diundi dalam mesyuarat agung tahunan sekiranya berlaku pemilihan untuk memegan sebarang jawatan dalam persatuan.
2. AHLI PENUH
- Ahli Penuh adalah terdiri daripada
- ahli bersekutu yang beragama Islam dan
- warganegara Malaysia yang telah mengikuti kursus modul khas anjuran Persatuan
- dan lulus ujian yang ditetapkan oleh pertubuhan atau yang setaraf dengannya
- Status Ahli Penuh boleh mengundi dalam mesyuarat agung tahunan sekiranya berlaku pemilihan dan mereka juga boleh diundi untuk memegang jawatan tertentu dalam persatuan.
3. AHLI SEUMUR HIDUP
- Ahli Seumur Hidup ialah seorang Ahli Penuh yang telah membuat permohonan rasmi kepada Jawatankuasa lalu diluluskan permohonan tersebut berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan iaitu:
- Pemohon telah menjadi ‘Ahli Penuh’ sekurang-kurangnya 3 tahun
- Memberikan komitmen kepada program yang dianjurkan oleh Persatuan disemua peringkat paling kurang 2 tahun atau yang setara diiktiraf dengannya
- Membantu, menjaga, berjasa serta memelihara kehormatan dan integriti persatuan selama menjadi Ahli Penuh
- Status Ahli Seumur Hidup boleh mengundi dalam mesyuarat agung tahunan sekiranya berlaku pemilihan dan mereka juga boleh diundi untuk memegang jawatan tertentu dalam persatuan
4. AHLI KEHORMAT
- Ahli Kehormat ialah individu yang dilantik secara rasmi oleh Pertubuhan yang terdiri dari kalangan tokoh-tokoh Islam yang terkemuka atau Pengamal Perubatan yang berpengetahuan luas di bidangnya atau bekas ahli Pertubuhan yang telah berjasa kepada Pertubuhan.
- Keahlian Ahli Kehormat perlu diluluskan oleh Jawatankuasa persatuan.
- Persatuan berhak menarik kembali perlantikan Keahlian Kehormat jika
- berhubungkait dengan FASAL 5.2, FASAL 15 atau Keahlian Kehormat yang dilantik tidak memberikan apa-apa sumbangan kepada persatuan melalui mesyuarat jawatankuasa
PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
- Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dalam tempoh dua minggu kepada Setiausaha atau wakilnya dan menjelaskan segala hutangnya terlebih dahulu
- Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik pertubuhan atau menyalahi etika pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagai mana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa.
- Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis.
- Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya.
- Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat penuh jawatankuasa menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
Post Views: 57
