PERHIJAM PRIHATIN

LOGO-PERHIJAMPERHATIN

Unit Kebajikan PERHIJAM PRIHATIN bertujuan untuk menjaga dan meningkatkan kesejahteraan ahli di bawah persatuan dengan memberikan bantuan, sokongan, dan perhatian kepada keperluan ahli dari segi sosial, ekonomi, dan emosi.

Ia adalah inisiatif yang penting dalam memastikan ahli  persatuan merasa dihargai &  disokong.

Rebutlah peluang ini untuk menabur bakti kepada sahabat seperjuangan kita dan semoga matlamat yang dibina ini menjadi balasan kebaikan kepada diri kita.

Klik untuk SUMBANGAN

Program Ziarah Perhijam Prihatin

ZiarahUstRadzi

Alhamdulillah,pada 28.05.25, kami AJK PERHIJAM dan juga bersama Mantan Presiden PERHIJAM Ustaz Abd Hadi,telah menziarahi salah seorang otai,Pelopor penubuhan PERHIJAM yang banyak menyumbang bakti kepada kita Ahli PERHIJAM khasnya ,di kediaman beliau di Beranang,Selangor.

Antara modeliti kepakaran beliau adalah
Bekam, akupuntur, kiropraktik, sengatan lebah, bekam lintah, herba hpa, urutan badan, refleksologi dan lain-lain.

Ya Allah permudahkanlah segala urusan Tn Guru kami,ahli PERHIJAM dan Pengamal PT&K di seluruh Malaysia ini, iaitu Tn Hj Ustaz Mohamad Radzi B. Hj Ariffin.

Sumbangan Ziarah telah diberikan untuk meringankan kos perbelanjaan seharian.

Sumbangan Kematian

Dukacita dimaklumkan Hafiz Syahmi Muhamzah (Mantan AJK) telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. (25/06/2025)

Sumbangan kematian telah diberikan kepada waris & keluarga bagi membantu meringakan beban yang ditanggung.

Dukacita kami ingin memaklumkan bahawa hari ini,Jumaat Sayyidul Ayyam, 25 April 2025,kita kehilangan seorang ahli PERHIJAM yang telah jemput kembali mengadap Yang Maha Pencipta,Mantan AJK PERHIJAM Allahyarham Tn Shahrin Bin Ramli,yang telah menabur bakti sekian lama,juga merupakan pemegang status keahlian PERHIJAM “AHLI SEUMUR HIDUP PERHIJAM”.

Sumbangan kematian telah diberikan kepada waris & keluarga bagi membantu meringankan beban yang ditanggung waktu ini.

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.