PROFIL – PENUBUHAN

PENUBUHAN

PERSATUAN PERUBATAN ISLAM HIJAMAH MALAYSIA dengan nama singkatan PERHIJAM adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran PPM-007-10-14072011

Ia ditubuhkan pada Julai 2011 diatas inisiatif sekumpulan pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang mahu memartabatkan perubatan nabi khususnya BEKAM.    

Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
42-1 JALAN PUTRA MAHKOTA 7/7A,
PUTRA HEIGHTS, SUBANG JAYA
47650 PETALING
SELANGOR


KETERANGAN LOGO

  1. Petak berbentuk hexagon (seperti sarang lebah) menunjukkan satu penyatuan hati dan lambang penyembuhan berasaskan bahan alamiah (madu lebah)
    • Hexagon di belakang berwarna hijau menggambarkan landasan Islam.
    • Manakala Hexagon yang di hadapan berwarna coklat melambangkan unsur alamiah (tanah)
  2. Bentuk hexagon bersegi enam melambangkan rukun Iman dan kepercayaan kepada Allah
  3. Khat di dalam hexagon yang berwarna putih menunjukkan kesucian perubatan Islam
  4. Perkataan ‘PERHIJAM’ bermaksud ‘Persatuan Perubatan Islam Hijamah Malaysia’.
  5. Bulan sabit hijau melambangkan hubungan erat antara perubatan melayu dan perubatan Islam

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.