PROFIL – Visi dan Misi

VISI

Menyatukan umat Islam di bawah satu semangat persaudaraan Islam khususnya di kalangan Pengamal Perubatan Islam, Perubatan Melayu dan
Perubatan Komplementari serta memartabatkan

Memartabatkan Perubatan Nabi khususnya ‘BEKAM’ supaya boleh diterima
oleh masyarakat sebagai ‘Perubatan Islam’ dan ‘Perubatan Melayu’

MISI

Mengetengahkan tradisi serta amalan perubatan yang bersumberkan unsur alamiah dan Ilahiah kepada masyarakat.

Membangunkan ilmu Perubatan Nabi SAW dan Perubatan Melayu menjadi satu bidang dakwah dan kerjaya yang profesional

Bekerjasama dengan mana-mana organisasi yang mempunyai keserasian dan berkeinginan untuk merealisasikan objektif Pertubuhan.

OBJEKTIF

Menyediakan modul berkaitan Bekam, Herba dan Urutan serta ilmu yang
berkaitan dengan modaliti tersebut untuk diguna pakai oleh ahli dalam amalan mereka

Menyedia, menyusun dan menerbitkan bahan ilmiah serta garis panduan
berkaitan amalan Perubatan Nabi dan Perubatan Melayu setelah mendapat
kelulusan daripada jawatankuasa tertinggi

Mengendalikan siri-siri kuliah dan pelatihan untuk ahli-ahli pertubuhan serta masyarakat agar dapat menguasai kefahaman, keyakinan dan kemahiran yang mantap terhadap Perubatan Nabi dan Perubatan Melayu

Mengajar, menyokong, membimbing, membantu, mengawal dan mengiktiraf ahli-ahli pertubuhan di dalam bidang Perubatan Nabi khasnya ‘Hijamah’ sesuai dengan kelayakan serta keupayaan mereka.

Membantu memberi kesedaran dan kepentingan kesihatan kepada masyarakat melalui khidmat rawatan yang mematuhi prinsip syariat islam, beretika dan profesional

Mengadakan aktiviti untuk mendapatkan dana yang dibenarkan oleh syariat Islam dan undang-undang bagi membiayai kegiatan pertubuhan

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.