TAKLIMAT AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 DAN KEWAJIPAN PENGAMAL BERDAFTAR

Untuk makluman, Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) telah bersetuju bahawa keperluan kehadiran Taklimat Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 Serta Kewajipan Pengamal Berdaftar sebagai salah satu kriteria wajib pendaftaran telah DIMANSUHKAN selepas 1 Mac 2025 memandangkan tempoh peralihan telah berakhir. Oleh itu, mana-mana pengamal yang ingin berdaftar sebagai pengamal perubatan tradisional dan komplementari tidak lagi perlu menghadiri taklimat tersebut dan taklimat tersebut tidak lagi dianjurkan oleh Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari.

Sumber : BPT&K