TERMA & SYARAT KEAHLIAN PERHIJAM

Sila baca terma dan syarat dengan teliti.
Dengan menggunakan kemudahan ini, anda bersetuju mematuhi terma dan syarat berikut.
Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana terma dan syarat yang dinyatakan, sila hentikan penggunaan perkhidmatan ini.


DEFINISI

  • PERHIJAM adalah singkatan dari Persatuan Perubatan Islam Hijama Malaysia.
  • Pengguna adalah satu istilah yang digunakan untuk menerangkan pengguna yang menggunakan perkhidmatan dan kemudahan perkhidmatan ini.
  • E-Banking PERHIJAM adalah kemudahan yang membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran secara atas talian kepada PERHIJAM dari lokasi yang dikendaki menggunakan sambungan internet.
  • Transaksi adalah dirujuk sebagai proses pembayaran dan pembelian.

PENAFIAN

  • PERHIJAM menyediakan platform pembayaran atas talian ini sebagai satu kaedah alternatif pembayaran keahlian, pemberian, sumbangan dan lain-lain kepada PERHIJAM.
  • PERHIJAM tidak menguruskan transaksi pembayaran sebaliknya oleh penyedia perkhidmatan pihak ketiga iaitu Toyyibpay.
  • PERHIJAM berhak membatalkan pendaftaran Keahlian PERHIJAM dan tiada pemulangan yuran Keahlian PERHIJAM yang akan dikembalikan.
  • PERHIJAM tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian, kos tambahan atau kerosakan yang timbul akibat daripada penggunaan mana-mana kemudahan ini.
  • PERHIJAM berhak menukar syarat-syarat ini dari semasa ke semasa tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.
  • Kaedah pembayaran ini adalah untuk pembayaran kepada PERHIJAM sahaja.

AM

  • Pendaftaran Keahlian PERHIJAM dibuka kepada pengamal perubatan tradisional dan komplementari berumur 18 tahun ke atas yang telah menyertai kursus ‘Asas Bekam PERHIJAM’
  • Pengguna perlu menghantar Borang keahlian PERHIJAM berserta dokumen sokongan (rujuk disini)
  • Bagi menggunakan perkhidmatan pembayaran atas talian, anda disarankan untuk mendaftar sebagai Keahlian PERHIJAM terlebih dahulu untuk memudahkan rujukan oleh pihak pentadbiran PERHIJAM.
  • Pembayaran melalui transaksi atas talian yang dibuat kepada Toyyibpay di laman web PERHIJAM akan disalurkan semula kepada PERHIJAM.
  • Pembayaran melalui transaksi E-Banking yang dibuat kepada Toyyibpay dari laman web PERHIJAM akan disalurkan semula kepada PERHIJAM.
  • Tiada sebarang pemulangan bayaran bagi transaksi yang telah disahkan kecuali yang dinyatakan sebaliknya.
  • Yuran bagi setiap transaksi akan dikenakan oleh pihak penyedia perkhidmatan pembayaran bagi setiap transaksi yang berjaya.
  • PERHIJAM berhak membatalkan permohonan pengguna sekiranya terdapat mana-mana maklumat dan keterangan yang diberikan adalah tidak lengkap dan tidak benar.
  • Kelulusan keahlian dan no ahli akan dikeluarkan selepas bayaran diterima

RESIT

Dalam usaha untuk memastikan semua transaksi direkodkan, anda perlu mencetak dan menyimpan bukti pembayaran yang berjaya pada akhir proses pembayaran serta menghantar bukti tersebut ke [email protected] untuk tujuan pengesahan dan juga rujukan pada masa akan datang.

GERBANG PEMBAYARAN

  • Maklumat transaksi pembayaran atas talian tidak direkodkan dan diuruskan oleh PERHIJAM sebaliknya oleh penyedia pekhidmatan iaitu Toyyibpay
  • Maklumat kad kredit & perbankan disimpan untuk tujuan transaksi sahaja. Tiada rekod kekal apa-apa maklumat peribadi disimpan apabila anda menggunakan kemudahan pembayaran atas talian.
  • Jika anda menggunakan sistem keselamatan “Firewall / Pop Up Blocker” yang tinggi, anda mungkin mengalami kesukaran menggunakan kemudahan ini.

LAIN-LAIN

  • Dengan mendaftar bersama PERHIJAM , anda bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda selaras dengan dasar Persatuan Perubatan Islam Hijama Malaysia serta perlembagaan & undang-undang negara.
  • Polisi yang telah dibangunkan mungkin berubah dengan mengambil kira perubahan teknologi, sebarang perubahan akan dimaklumkan dihalaman ini.
  • Jika didapati ahli yangmelanggar terma & syarat atau mana-mana prinsip PERHIJAM, PERHIJAM berhak membatalkan pendaftaran keahlian tersebut.