PERHIJAM COACH

PerhijamCoach-banner

PERHIJAM COACH atau Jurulatih Bekam PERHIJAM ialah seseorang yang terlatih dan berkelayakan untuk mengajar dan melatih individu dalam bidang bekam. Mereka memberikan bimbingan, tunjuk ajar, dan pengetahuan tentang prinsip-prinsip, teknik-teknik, dan amalan membekam mengikuti garisan panduan (SOP) PT&K KKM. 

Tanggungjawab PERHIJAM COACH:

  • Pendidikan dan Latihan: Jurulatih menyampaikan pengetahuan dan kemahiran berkaitan ilmu bekam kepada pelajar atau peserta latihan.
  • Bimbingan: Mereka membimbing pelajar dalam memahami konsep-konsep Asas & Lanjutan, seperti titik-titik sunnah, titik meridian, titik klinikal, teknik pembersihan sisa darah dan kaedah rawatan yang betul.
  • Demonstrasi: Jurulatih menunjukkan teknik-teknik membekam yang betul dan selamat serta teknik lain yang berkaitan.
  • Penilaian:Mereka menilai prestasi pelajar dan memberikan maklum balas untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran mereka.
  • Penyediaan Modul: Jurulatih boleh terlibat dalam penyediaan modul latihan dan kurikulum yang berkaitan dengan bekam.
  • Pematuhan Etika:Mereka memastikan bahawa pelajar mematuhi piawaian etika dan amalan profesional dalam bidang bekam.

Bonus : PERHIJAM COACH juga akan menawarkan kursus pensijilan SKM 3 dan DKM dengan jurulatih bertauliah, sesi teori dan praktikal untuk mendapatkan pensijilan SKM3 dan DKM untuk syarat pendaftaran Majlis PT&K, kursus ini akan diadakan bergantung pada permintaan peserta/ahli.

KURSUS PERHIJAM COACH TERKINI

SIRI 1

SIRI 2

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.