PERHIJAM MEMBERSHIP

Semua ahli PERHIJAM kini boleh mengakses laman komuniti melalui portal rasmi PERHIJAM MEMBERSHIP. 😄

Bagaimana untuk mengakses / log -in portal ini?

Untuk ahli PERHIJAM, mereka perlu mendaftar (Sign Up) buat kali pertama. Selepas proses pendaftaran, ahli akan menerima ID Pengguna dan Kata Laluan untuk mengakses sistem PORTAL KEAHLIAN PERHIJAM. Pendaftaran adalah PERCUMA untuk Ahli PERHIJAM yang aktif.

👀 Pengumuman / Pemberitahuan

Pentadbir komuniti kami akan berkongsi cerapan, berita dan peluang sebagai pengumuman, yang akan dilihat oleh semua ahli. Ini ialah cara yang bagus untuk anda mengikuti perkembangan terkini tentang apa yang berlaku dalam komuniti.

🙌 Berkongsi Maklumat sesama Ahli

Portal ini diwujudkan bagi memudahkan setiap ahli menyalurkan aduan/pertanyaan/cadangan kepada persatuan.

🗓 Etika Ahli Komuniti dalam Portal ini

Setiap ahli persatuan dikehendaki menjunjung etika dan nilai kebersamaan sebagai tatakelakuan yang diterima pakai dalam organisasi. Ini penting bagi memastikan hala tuju persatuan adalah jelas, mengekalkan keharmonian, dan membina hubungan yang dipercayai dan profesional antara ahli. Pelanggaran etika boleh menjejaskan reputasi dan tindakan disiplin