Jemputan Menyertai Mesyuarat Agung Kali ke-8 Menerusi Aplikasi Google Meet

Untuk pertama kalinya dalam sejarah PERHIJAM,Mesyuarat Agung bakal diadakan menerusi talian Online Goggle Meet memandangkan situasi kita masih dalam keadaan PKPD.Oleh itu perancangan awal untuk diadakan di HQ PERHIJAM terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan melalui talian Goggle Meet InshaAllah.Kami menyeru semua ahli PERHIJAM seluruh Malaysia untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah ini.

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 8 ini adalah sangat penting memandangkan pemilihan barisan pimpinan AJK baru untuk menerajui PERHIJAM.

Ahli-ahli di jemput untuk mencalonkan dan mencadangkan nama-nama ahli yang di fikirkan sesuai untuk lantikan AJK baru kali ini.

Mohon kerjasama anda untuk menyatakan persetujuan kehadiran di dalam grup negeri masing-masing untuk tindakan selanjutnya.

Hanya mereka yang berdaftar (di ruangan dibawah ini) dan ahli PERHIJAM yang memegang status AHLI PENUH dan AHLI BERSEKUTU layak untuk menyertai mesyuarat ini dan akan diberikan link meeting Goggle Meet.

Ahli Penuh boleh mengundi dan diundi,manakala Ahli Bersekutu tidak boleh mengundi dan diundi tetapi masih boleh menyertai mesyuarat.

Mohon sahabat pengamal PERHIJAM untuk bersama-sama sebarkan info ini kepada ahli yang tidak berada di grp Negeri PERHIJAM atau tidak dapat maklumat dari pages official ini.

Maklumat yang diperlukan ialah:Nama Penuh:

No Ahli :
No Tel:
Email (Gmail sahaja):

Segala maklumat ini sila berhubung dengan En Khairul
wasap.my/601111613260.

Kepada ahli yang tiada dalam grup Negeri PERHIJAM juga boleh hubungi nombor yang sama untuk di add semula dengan mengikuti format seperti diatas.

Sekian,harap maklum.

Unit Komunikasi & Multimedia PERHIJAM.

Leave a Reply